Selasa, 6 November 2012

Sekitar Bon Kecil Meru,Ipoh 3/11/2012

          Alhamdulillah buat kali pertama Cj masuk pertandingan serama.Untuk kali pertama ni Cj bawa 2 ekor je ayam Cj iaitu Sri Rama(rinting ara) dan Sri Mas Merah (rinting mas).Alhamdulillah walaupun buat pertama kali masuk Sri Rama dan Mas Merah telah mendapat tempat yang ke 4 dan 5.
          Walaupun Sri Rama hanya sekadar no 4 namun markah keseluruhan sama dengan ayam yg mendapat no 2 dan 3 iaitu 84.5%.Sri Rama cuma kalah markah gaya dengan yang no 2 (Bujang Senang milik otai Mahathir dengan markah gaya 23.5%).Manakala dengan yang no 3 Sri Rama berkongsi markah yang sama pada semua ciri.Dari gaya hinggalah ke bulu.Penentuan dibuat melalui sistem lambung duit..akhirnya dapatla no 4.Tapi tak kisahla kan..janji Cj puas hati.Tujuan utama join bon bukan nak menang sangat apatah lagi banyak ayam dari otai2 yg first class dari seluruh Perak,P.Pinang dan Kelantan datang.Mereka datang utk warming up sebelum ke bon besar Melaka (4/11)"Dapat markah gaya 22.5% kira okla tu utk orang baru Cikgu!!"kata otai Mahathir.
          Di bawah ni Cj paparkan sekali markah keseluruhan kategori ABS..kategori lain tak sempat ambik.Sri Rama no 13 manakala
Sri Mas Merah no 21


Johan ABS dan juga BOTB Meru




Sri Rama..tidak mengecewakan

Sekitar Bon Kecil Meru
1.Otai2 dari seluruh Perak,P.Pinang dan Kelantan pun ada

2.Antara ayam2 ABS yg dipertandingkan (kategori lain terlupa snap..sorry)

3.Rupanya camni otai2 asuh ayam2 deme untuk lebih selam...bagi makan roti basah dari atas