Isnin, 29 Julai 2013

Reban Portable dan Kotak Tanding Ayam

Salam Ramadhan...

Ahaa....posting kali ni CJ nak promote sikit barang member.Selalunya barang macam ni tak selalu jual di kedai burung..kalau ada pun susah nak dapat.Barang ni selalunya dijual di bon-bon,itu pun kadang ada kadang idak.

So untuk memudahkan korang semua,CJ ada nak promote dua barang baik ni.Reban Portable dan kotak tanding ayam.

Reban Portable (RM150)



Berukuran lebih kurang 2' x 2.5'.Senang dibawa kemana-mana sebab bahannya ringan.Elok sangatla bawak ayam kesayangan kita balik kampung sempena raya nanti.Juga boleh dijadikan tempat kurungan utk latihan ayam.Maknanya kalau pakai reban ni tak payah serkup2 lagi dah ayam kome tu.Hanya birakan ayam di dalam sehingga perangai datang.


Kotak tanding double storey(RM100)

Kotak tanding ayam yang ringan ni direka khas bagi mereka yang banyak membawa ayam.Untuk ayam bersize a dan b boleh masuk sekali dalam kotak ni sebab ada tingkat atas dan bawah.Manakala kalau ayam bersize remaja ke atas maka seekor ajelah .Kotak ni cukup ringan.Jangan risau tentang gambar tu sebab Cj memang ambil gambar yang dah 2nd.Tetapi barang yang dijual nanti adalah baru..baru keluar kedai hehe

So apa lagi tunggu player2 sekelian ..?dapatkan segera sebelum kehabisan stock...sekiranya berminat call je CJ 0195190593 atau datang sendiri ke rumah di Gopeng,Perak..Selamat berpuasa!! Wassalaamm

Selasa, 16 Julai 2013

Anak-anak merong sakti sedia utk dijual

Assalamualaikum.Utk posting kali ini CJ nak paparkan gambar terbaru anak Merong Sakti.Siap sedia dijual utk sesiapa yang berminat.hanya sepasang shj yang ada.Anak nampak potensi.Boleh hubungi CJ di talian 0195190593 atau boleh melawat sendiri ke reban CJ yang huduh ni di Gopeng Perak.
Rasa2nya jantan     
Hanya sepasang






Merong Sakti dan gundiknya induk Maharani

Isnin, 8 Julai 2013

SELAMAT BERPUASA..

 
Assalamualaikum WBt
Buat para muslimin dan musllimat khususnya kepada peminat dan pencinta ayam serama ,di sini CJ ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak.Pejam celik pejam celik akhirnya Ramadhan datang kembali..

Ehmm genap Ramadhan ni bermakna dah setahun lebih CJ bergelumang dengan ayam serama.Banyak pahit manis sepanjang CJ bergelar peminat serama.Ayam yang dibeli tak lama lepas tu mati,kena tipu,habis duit tu toksah ceritalah ..dan macam-macam lagi pahit maung yang terpaksa dilalui kalau bermain dengan serama ini.Pendek kata bermain dengan serama ini penuh dengan risiko.Dan siapa yang tak sanggup berhadapan dengan risiko toksah ler main.

Itu hanya pengalaman Cj yg baru setahun jagung main.Ada yang lagi dasat sampai bercerai dengan bini..kena pukul ..hishhh!!!simpang 44 melaikat ler kena kat CJ.Bagi CJ apa-apahal hobi berserama ini letaklah ianya sekadar hobi shj..dan kalau namanya pun hobi ianya mesti diletak sebagai tempat kedua atau ketiga.Maksud CJ Family First!!Utamakanlah keluarga terlebih dahulu..hobi berserama ni hanya platform utk kita release tension je.Kalau gaji  masuk,beli dan bayarlah apa yang sepatutnya (nk kena sebut ke?)kemudian ada ballance barulah utk ayam kita.Mana yang tak kahwin tu hulur2la duit gaji untuk mak abah dulu,simpan utk kahwin dan lain2 la kan..tu pun tak kan CJ nak ajor??huhu

Buat player dan breeder di luar sana.Inilah masa utk kita muhasabah diri.Ramadhan ini time kita belajar buang perasaan angkuh dan sombong kita.Ramai yang CJ tengok bila ayamnya menang botb maka mula nak meninggi diri sampai hanya nak berkawan dengan klik2 elit shj.Buangkanlah yob....tak kemana pn ayam kita ni kalau kita menyombong.Sampai masa Allah swt ambik balik ayam kita tu ,mati ke sakit ke tak ke naya.

Dan buangkanlah sikap2 mazmumah yang kita ada ni.Terutama  sikap suka menipu di bon.Lipat melipat,cuck lawi,cucuk bulu kepak dan sbgnya..Heh!!sanggup menipu ye semata-mata nak johan kategori yang hadiahnya hanya 2-3 ratus tu?Kalau ikut kata guru CJ dulu..dia kata kaedah fekah mengatakan "izaj tama `a bainaal halal wal haram ghulibat `alal haram =Apabila bercampur aduknya antara halal dan haram maka hukumnya haram"..Maknanya main ayam serama ini diharuskan,,,tetapi apabila bercampur perkara haram spt menipu ketika pertandingan maka HARAMlah hukumnya..ni nasihat utk CJ jugak yang tak sebeberapa ni.Nak dengor..dengor laa..kalau tak nak CJ pn tak kesah.

Kepada buyer2 yang sudi beli ayam CJ dan sudi ziarah ke reban huduh CJ ni..CJ ucapkan berbanyak terima kasih.Mudah-mudahan ada jasa di reban kome nanti..Sekali lagi CJ ucapkan SELAMAT BERPUASA DAN BERBUKA..AMPUN MAAF ZAHIR BATIN..jumpa lagi!!..Ma`assalamah...adios!!