Selasa, 6 November 2012

Sekitar Bon Kecil Meru,Ipoh 3/11/2012

          Alhamdulillah buat kali pertama Cj masuk pertandingan serama.Untuk kali pertama ni Cj bawa 2 ekor je ayam Cj iaitu Sri Rama(rinting ara) dan Sri Mas Merah (rinting mas).Alhamdulillah walaupun buat pertama kali masuk Sri Rama dan Mas Merah telah mendapat tempat yang ke 4 dan 5.
          Walaupun Sri Rama hanya sekadar no 4 namun markah keseluruhan sama dengan ayam yg mendapat no 2 dan 3 iaitu 84.5%.Sri Rama cuma kalah markah gaya dengan yang no 2 (Bujang Senang milik otai Mahathir dengan markah gaya 23.5%).Manakala dengan yang no 3 Sri Rama berkongsi markah yang sama pada semua ciri.Dari gaya hinggalah ke bulu.Penentuan dibuat melalui sistem lambung duit..akhirnya dapatla no 4.Tapi tak kisahla kan..janji Cj puas hati.Tujuan utama join bon bukan nak menang sangat apatah lagi banyak ayam dari otai2 yg first class dari seluruh Perak,P.Pinang dan Kelantan datang.Mereka datang utk warming up sebelum ke bon besar Melaka (4/11)"Dapat markah gaya 22.5% kira okla tu utk orang baru Cikgu!!"kata otai Mahathir.
          Di bawah ni Cj paparkan sekali markah keseluruhan kategori ABS..kategori lain tak sempat ambik.Sri Rama no 13 manakala
Sri Mas Merah no 21


Johan ABS dan juga BOTB Meru




Sri Rama..tidak mengecewakan

Sekitar Bon Kecil Meru
1.Otai2 dari seluruh Perak,P.Pinang dan Kelantan pun ada

2.Antara ayam2 ABS yg dipertandingkan (kategori lain terlupa snap..sorry)

3.Rupanya camni otai2 asuh ayam2 deme untuk lebih selam...bagi makan roti basah dari atas


Rabu, 31 Oktober 2012

Anak-anak rinting

Salam,
Inilah anak-anak rinting yang bakal menambahkan lagi seri di reban Cj.Masih belum bernama lagi.Cj hanya mengikut perkembangan semasa.Bak kata otai2,now is rinting fever!! so Cj tak lepas peluang untuk menambah koleksi baka rinting.Bagi Cj baka rinting ada kelebihannya  sama mcm baka yg lain .Lebihj-lebih lagi pada warnanya,Adalah satu kepuasan sekiranyanya breeder rinting dpt menghasilkan dgn izin Allah warna rinting yang lain dr ayam2 rinting yg lain.


Tina rinting anak B....bulu cantik warna rinting mas campur puteh..cutting tinggi ,sayap senteng..jinak atas meja ..selam??wallahu `alam ..akan datang tatau apa jadi..kalau lawa boleh masuk kategori induk...amin..hihi


remaja rinting ni Cj suka tone colour dia..setiap rintingnya ada layer hitam putih(mcm sri pencak)lebih2 lg tang ekor tu nampak cam burung merak lak..mayb Cj akan namakan dia dgn Sri Merak..emhmmmmm...kelemahannya adalah kaki yg sedang .Apahal pun Cj tetap syok dgn dia nia terutama pd balung yg ada 7 bilah halus...yg sebelah dia tu remaja kuning.Beli dari Ckgu Nik Serama Taiping.Asalnya dia nak lempar sayap bila nampak saing dia kat sebelah tah mcm mana leh tersadung pulak..kehkeh


Rinting Murai for sale !!





Rinting Murai for sale..ekor tengah meluruh..sesuai buat baka..call 019-5190593 sekiranya berminat



Sri Rama ,pembaka rinting

Salam,
Kali ni Cj ingin memaparkan pembaka rinting Cj yg menjadi pembaka utama di reban Cj yang tak seberapa






Sayang Sri Kemuning..


Salam,
Uppdate kali Cj ingin memaparkan antara ayam kesayangan Cj,Sri Kemuning.Namun sayang kakinya patah baru2 ni(tataula apa sbbnya).Sekarang dlm rawatan lagi.Harapan Cj ,Kemuning boleh sembuh seperti sediakala.



Selasa, 23 Oktober 2012

Bon Kecil Tmn Meru Ipoh,3 Nov 2012

Salam..

Jangan lupa kepada penggemar serama ..bon kecil  Tmn Meru,Ipoh akan diadakan pada 3 Nov 2012.Insya Allah kalau tiada prob apa2 CJ pun akan ke sana nanti bagi memeriahkan acara

Isnin, 22 Oktober 2012

Sri Pencak

Salam,
Alhamdulillah akhirnya ada yang berminat dengan Pencak.Sayang juga nak lepaskan pd mulanya kerana CJ terpegun dengan kecantikan rintingnya.Pada hemat CJ,rinting pada Pencak ni jarang ada pada serama rinting yang lain .Tapi tak pela...CJ dah minta izin pada Tuan barunya utk breed dgn tina rinting yg lain dulu..hehe thanks bro!mudah-mudahan ada bakanya nanti


Tinggal kenangan...salah seekor rinting kepunyaan CJ yang telah pergi buat selamanya.Atas kerana kurang perhatian terhadap kesihatannya(masa tu CJ bersimen kaki)..maka sri nilam yang berasal dari agin kulim mati.Apa nak buat dah tade rezki..ingatkan nak bw ke bon

Salam Pengenalan

Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana mengizinkan CheqguJai (CJ)
menjadi salah seorang yang mencintai salah satu keajaibanNya...ya apa lagi kalau tidak sang serama yang menjadi ikon Malaysia!!CJ harap kehadiran CJ dalam dunia unggas tercantik ini dapat memeriahkan lagi susana serama di negara kita