Selasa, 18 November 2014

Bermulanya baka pure KERAMAT di reban Serama CheqguJai

Alhamdulillah,syukur kpd Allah swt yg masih mengizinkan saya menulis di sini.Moga masih diberi kekuatan untuk beramal dan meeruskan minat terhadap serama yg cantik dn cukup unik bagi saya.Bak kata alim ulama,sekiranya hobi ini membawa kepada syukur kita kpd Allah swt maka ianya berpahala insyaAllah.

So apa cerita kita kali ni yea..cerita terbaru CJ yang nak dikongsi di sini tak lain tak bukan dengan kemasukan baru ke reban CJ ,yakni baka keramat a.k.a hj iskandar.Memang sudah lama CJ minat dan mengidam utk memiliki ayam bloodline keramat pure ni.Tapi memandangkan kos utk mendapatkannya terlalu tinggi maka CJ terpaksa pendam dahulu.

Nak dijadikan rezeki,Allah telah memperkenankan hajat CJ.Bulan oktober yg lepas adalah bulan yg CJ tak kan lupakan sampai bila-bila apabila mendapat offer dari sahabat serama CJ ,saudara Azreen Serama Pos (salah seorang yg memilik ayam berdarah keramat pure) untuk membeli ayam-ayam serama dari rebannya.Kesemuanya 31 ekor.Terkejut juga bila dapat tahu Azreen nak lego semua.Katanya nak naik pangkat dan kemungkinan kena pindah.Alhamdulillah syukur dan tahniah !

Apabila Azreen offer kesemua ayamnya dgn harga mampu milik,CJ tak berfikir panjang terus membeli semuanya.Ayam hebat sebegini dgn harga mampu milik mana nak cari sekarang!Lebih mengujakan CJ apabila Azreen menyatakan bahawa dengan baka ini sahaja dia beroleh keuntungan sebanyak rm120,000 hingga boleh buat rumah baru!wow dahsyatnya..bikin rumah pakai duit ayam je...!huhuhu.Bukan apa,setakat duit jual ayam  kita boleh guna byr bil api,air,astro,pampers-susu anak tu biasa...tapi bila sampai boleh buat banglo satu tingkat tu...huishh mengkagumkan!Itulah rezeki namanya.Apabila kita berbudi kepada ayam dengan ikhlas..Allah limpahkan rezeki utk kita.

Jadi apabila sudah memilik baka serama yang diidamkan,step kedua adalah mencari tuan asal kepada baka itu sendiri.Tak lain dan tak bukan Hj Iskandar yang kini menetap di Indonesia.CJ sempat ber 'pm' dgn beliau.CJ mahu minta izin memiliki baka ini dan mohon redho beliau.Berikut adalah perbualan CJ dgn hj iskandar di FB :)

Assalamualaikum tn hj

Terlebih dahulu memohon kemaafan andainya pm saya ini mencuri masa tuan.Sy adalah salah seorang peminat baka keramat aka hj iskandar.Dan baru2 ini sy telah membeli secara borong baka keramat ori dr azreen serama pos sebanyak 30 ekor.

Dengan ini sy MEMOHON KEIZINAN DAN REDHO tn hj untuk meneruskan legasi baka keramat.

Salam hormat dr sy,mudah-mudahan kehidupan tuan sekeluarga dinaungi rahmat Allah swt. amiin.

Cheqgujai -Gopeng ,Ipoh


Jawapan dari beliau:

Waalaikummussalam cikgu...
Banyak sekali beli cg.
Moga cg berjaya dlm breeding.
Sy akan bantu klo perlu


Begitulah perbualan kami.Ringkas tapi memberi makna.Antara otai serama tersohor dgn breeder hingusan ni..hikhik.Ok la sblm CJ sign out,kita layan dahulu beberapa gambar ayam yg berdarah keramat ni.Antara yg boleh diketengahkan di bon-bon akan datang ialah ayam muda yg bernama RAJAWALI.Rajawali sentiasa selam jet di meja tanpa diasuh arah.Inilah ciri ayam yg selama ni CJ idam2 kan..Rajawali adalah anak kepada Tedung yg menjadi ikon di reban azreen serama pos selama ni.Gayanya yg `selam patah tengkuk` atau` selam teleng` sungguh memukau.Gayanya tak ubah seperti Blackrosse(lihat gambar ayam ara di atas) sebelum ini...tapi sayang Blackrosse `hilang` tanpa dikesan hingga sekarang.......so dah ada Rajawali,rasa terubat rindu.



a





Rabu, 3 September 2014

4 sale....wassap 0195190593


i`m back


yuhuuu...assalamualaikum semua...sorry ler teman terlalu lame menyepi..huhu..idak ler sibuk bebeno...tp ghase cam mood nk memblog ni dh kureng siit..huhu..but now i`m back!!!

So apa crite aym cj skrg?..ha kuning di atas tu la yg mnjadi ikon reban cheqgujai skrg ni...but teman terpaksa nk LEPASKAN kpd sesiapa yg minat dan mampu memilikinya....boleh call or wassap teman 0195190593...insyaAllah teman akn kasi yg terbaik.
Begitu juga ada beberapa ekor lg yg nk dilepaskn..so..layan....
 induk...rm450

 anak b jantan rm200


anak b tina rm200

Khamis, 23 Januari 2014

Ahad, 19 Januari 2014

Maaf dipinta

Assalamualaikum warahmatullah

Kepada teman2 serama sekelian...ribuan maaf sangat2 CJ harapkan kerana terlalu lama tak diupdate laman blog ni.Sememangnya masa sangat2 terbatas.Namun demikian hobi terhadap serama tetap membara.Cuma akhir2 ni CJ tak dapat kerap ke bon(kecuali bon2 yang berdekatan dgn Perak).Maklumlah isteri pun tengah sarat mengandung(nk masuk 7 bln)..so faham,2 je la ye tak...

Ehmmm nak wish selamat tahun baru pun lewat dah...namun apa yang boleh dikata banyak juga tahun 2013 meninggalkn kenangan pahit manis terutama dala hobi berserama ni.Tahun 2013 juga tahun CJ kehilangan / kematian ayam game yang sgt CJ sayang.. ehmm apa nak buat ye tak? macam yang CJ selalu sebut..apabila kita bermain dengan hobi serama ni bermakna kita bermain `benda` hidup..so kita kena terima risiko bermain benda hidup ni.Antaranya sakit,mati (kadang2 tu tiba2 je mati) kena curi dan sebagainya.Kalau sekiranya ayam itu lahir di reban sendiri takpela juga ye tak? tapi kalu ayam itu ayam yang dibeli dan `berkelas pertandingan` dan berharga riban2?akekekeke melopong juga ye tak??Haa tu la pasal Cj selalu sebut lebih2  lagi kalau yang baru2 nak main ..kalau takut menghadapi risiko itu semua jgnlah mula main..atau main ajelah ayam2 yg murah2..Dan lagi satu jgnlah pula kita lari dari percaya kepada rukun iman kita yang ke 6 yakni `Percaya kpd qada` dn qadar` ehmm!!

So apa azam tahun 2014? ah haa...tahun ni CJ sudah mula perkemaskan diri dalam hobi berserama.Mula dengan upgrade reban hinggalah upgrade baka2 ayam yang tersohor.Insya Allah pd entri akan datang CJ akan paparkan gambar2 terkini reban CJ bersama-sama dengan penghuni2nya sekali.Setakat ini CJ berpuas hati kerana baka Sami Gila pure telah berjaya CJ breed dan anak2nya pun cantik2 juga.Selain baka SG,yang terbaru baka Sri6.Hehehe bak kata orang ikut perkembangan semasa.Dah orang asyik cari baka sri 6 (ahkiat) je sekarang kita pun tak maulah ketinggalan bas ye tak?akekeke...dasat ek penangan D Perindu ni...dek kerana dia yang menang banyak kali maka nama bakanya naik sekali..bila dah naik nama maka harganya pun bertingkek-tingkek naik akekeke...inilah dunia serama..kan?? walaupun hadiahnya rm300-rm500 setiap kategori ( nak banding hadiah pertandingan memancing yang berpuluh ribu hadiahnya)..tetapi kemenangan ayam itu menaikan  sekali harga bakanya,harga anaknya,dan tak mustahil harga ayam2 lain yang sereban dengannya...dasyat-dasyat...

Okeylah ..setakat ini sahaja coretan dari CJ...lain kali berjumpa lagi di entri seterusnya.Bak kata PU Yeop nyongin2 juga moh beramal!!hehe bagi CJ lak serama2 juga tapi solat jgn tinggal..kalau dah kaya jual ayam tu zakat jgn lupa..dan jgn tinggi diri bila di awangan..semuanya atas anugerah Allah..syukurlah selalu hendak nya...babai...Assalamualaikum wbt


Khamis, 3 Oktober 2013

4 Sale

Assalamualaikum

Post kali ini Cj nak lepaskan beberapa ekor ayam di reban.Sebab??hehehe nak kasi clear taknak banyak2 sgt.Dan ada di antaranya adalah ikon di reban Cj..so siapa berminat jangan segan2 hello Cj key..019 5190593




BlackRosse RM1500



YellowFin.. remaja rm650


 Sami Ekor Kelabu..muda RM850




SG cross..muda ekor belum siap..RM550



Anak B rm300

Isnin, 23 September 2013

open for sale

 
Remaja masuk muda,baka SG...berminat sila call 0195190593