Khamis, 31 Januari 2013

Remaja Kuning (for sale)

Salam, remaja kuning untuk dijual..tengkuk panjang,kaler kuning raja..balung cun..jgn segan-segan call 0195190593

Update Rinting Ara Murai...aka Sri Murai (for sale)

Salam
Aha..tade apa2 sgt ..cuma nak post pic terbaru murai...baru2 ni dilamar seorang shbt..tapi akhirnya belum jodoh agaknya.


Kepada sesiapa yang berminat melamar SriMurai boleh hubungi CJ terus 0195190593..atau ziarah di reban buruk CJ di Gopeng ,Perak

Rabu, 30 Januari 2013

Santai di reban otai Jeram


Salam,
Aha posting kali ini CJ nak berkongsi cerita tentang otai serama Jeram yang sebenarnya sudah lama berkecimpung di alam serama ni.Beliau yang CJ maksudkan ialah En Abd Jamal ,yang merupakan kakitangan Majlis Daerah Kampar.Beliau pernah menganjurkan beberapa pertandingan serama di sekitar Kampar-Slim River sekitar awal tahun 2000.Namun demikian hobi tersebut terhenti seketika kerana beberapa sebab yang tak dapat dielakan.
Bersama pembaka teras beliau..si bapak ara
Kini beliau mula menggegarkan kembali dunia unggas tercantik ini dan memeriahkan lagi geng serama Perak.Banyak ilmu yang CJ kutip dr beliau.Melihatkan reban serama beliau yang cukup banyak..menggambarkan minat beliau terhadap ayam serama yang menjadi kebanggan kita semua..cayalah bang!!

Si Belunjur SriNilam

Salam..
Anak ara yang sedang menuju ke alam remaja ini yang semakin galak dan baru belajar mengibas.Ciri2 yang ada padanya iaitu berpattern tinggi dan slim.Sudah mula garang adan berperangai jahat.Cuma masih belunjur.Apahal pun layan......

Merong MahaWangsa - Si Pembaka Baru

Salam..
Kali ini CJ ingin berkongsi dengan peminat serama sekelian tentang kehadiran pembaka kuning yang baru shj berpindah ke reban CJ, Merong Maha Wangsa (MMW)!! ahaa amacam best tak nama?hehe..manakala induk yang dipasangkan CJ namakan Merong Maharani.Merong Maharani adalah merupakan induk Srikandi yang CJ ambil dari reban Cg Nik aka Serama Taiping..alhamdulillah..sudah lama CJ mengidamkan induk selam junam Cg Nik tu..setelah lama dipujuk rayu akhirnya tuannya tuannya merelakan jua pemergiannya ke reban CJ..chewah!!.tq very2 much!!!.So untuk tatapan pembaca sekelian...anak-anak yang akan keluar dari Merong Mahawangsa vs Merong Maharani ini secara rasminya CJ akan beri nama dengan permulaan namanya MERONG.Mudah-mudahan pasangan ideal ini akan berjasa di reban CJ.Begitu juga MMW akan CJ pasangkan juga dengan induk SRi Padi dan SRi Patih yang juga merupakan induk teras direban CJ selama ini.Terima kasih juga buat isteri tercinta dan anak2 tersayang kerana memahami minat dan hobi CJ..isk isk rasa feeling laks..ahaks

Merong MahaWangsa






 Merong MahaWangsa bersama 
Sri Patih(dalam sangkar)

















Merong MahaRani  
(Sri Kandi)

















Sri Padi













Selasa, 29 Januari 2013

Update SriPuteh

Salam,
Gambar terbaru Sri Puteh trofi yang dimenangi di Teluk Tempoyak baru2 ini..

Dengan markah gaya 11/15 dan tubuh tertinggi sekali 8.5/10..CJ sgt berpuas hati..syukur alhamdulillah

Sri Rama dapat girlfriend baru!!!

mMaaf Salam....aha skrg Sri Rama dapat girlfriend baru...CJ pawahkan induk rinting se
lam ini dari sahabat serama CJ iaitu Wandy.Sekarang dah mula bertelur.Untuk projek 2013,CJ bercadang nak produce anak2 Sri Rama yang kalau boleh bercutting tinggi dan selam macam induk ni
Maaf induk ni serabut bulu..lama tak mandikan..apa2 hal pun syukur....

Sri Teja aKa Sri Padi Jr

Salam..aha inilah antara ikon terbaru di reban CJ..SRi Teja.Nama diambil sempena nama sebuah sekolah yang berhampiran dengan rumah CJ iaitu SMK Sri Teja.Ayam muda ni CJ beli dr reban Ckgu Nik Taiping.Bapak bernama SriPadi + Lesung Mas Vs Induk Sri Kandi. Hasil gabungan dari blood line tersohor tersebut maka terhasillah Sri Teja ini.Masa beli dr reban Cg Nik dulu CJ tak sangka akan jadi sebegini rupa.Lihat shj struktur badannya yang belunjur ketika muda .Namun kalau sudah rezeki tidak kemana
 Lihat shj struktur tubuh yg tidak langsung menarik perhatian sesiapa yang memandang.Namun CJ bertawakal shj.Bloodline yg cantik ke mana pun nanti akhirnya akan melahirkan zuriat yang baik.Itu bagi CJ la yang baru setahun jagung dalam dunia serama ni.Ok kita layan pula baka kepada SriTeja ni

SriPadi
Lesung Mas
Induk SriKandi

Akhirnya..terhasilla baka SriTeja!!..maka nantikanlah perkembangannya nanti..wsalam

Isnin, 28 Januari 2013

Tinggal kenangan

Salah seekor ayam kesayangan CJ.Ayam muda yang belum bernama ini telah pergi ke rahmatullah.Tak tahu la sebab hawar atau apa.Tidak ada langsung simptom2 yg menunjukan dia sakit.Yang hairannya malam sebelum dia mati CJ sempat train atas meja (mmg ayam nak bawa game).Ayam muda ni mmg tengah form dan rajin kibas.Cj ada sembang dgn ,member2 serama yang lain.Skrg ni mmg tengah ayam suka mati mengejut.Apa2 hal pun CJ redho dengan ketentuan ALLAH SWT

Berhati-hati dengan pembeli ini!!!!

Salam

Sila ambil perhatin segera tentang maklumat ini.Seorang sahabat serama Perak telah mengalami musibah kerugian hampir 4k kerana diperdaya oleh seorang yang bernama Shahrol aka Along.Dikatakan berasal dari Pantai Remis Perak.Modus Operandinya adalah dengan menelefon breeder2 serama yang publish ayam2 mereka di internet sama ada di mudah.my mahupun blog.Setelah temujanji dibuat,beliau akan ke rumah breeder tersebut dan bertanyakan soal ayam2 yang hendak dijual.Akhirnya beliau akan datang semula ke reban tersebut (semasa ketiadaan ownernya) dan mencuri ayam2 yang telah diperhatikan dahulu sebelum itu.Kebiasaan sasaran suspek adalah breeder2 di internet.


Kesian juga bila CJ dengar cerita sahabat serama ni.Kesemua ayam yang hilang adalah 9 ekor termasuk burung2 kesayangan beliau.Satu repot polis telah dibuat.Diharap breeder2 yang lain berhati2 dengan mamat ni.Di sini CJ sertakan sekali serba sedikit butiran mengenai beiau:


Nama : Sharul aka along

No tel : 01747:01123(tp rasanya dah tuka)

No plat motor : AJA 7272(disyaki palsu)

Fizikal Badan:5 kaki,warna kulit gelap,tangan kanan bengkok sedikit


Langkah2 berjaga:


`Sila catit no plat kenderaan buyer yang datang dan sentiasalah pastikan reban ayam anda berkunci sentiasa!!!`



Isnin, 14 Januari 2013

Alhamdulillah...syukur




Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT, SriPuteh telah merangkul johan buat kali pertama dalam kategori anakl B di dalam Pertandingan Kecantikan Serama di Teluk Tempoyak pada 12 Jan 2013 yang lalu.Anak kepada BPR dan Induk13 ini telah mancatat markah yang agak tinggi iaitu 46.5.markah yang dipotong adalah dari ekor(tak siap lg) ,balung(kurang merah) dan warna.Seingat CJ markah yang dicatat oleh johan anak A di bon Ipoh pada Dec tahun lepas 45.5.
Lebih menggembirakan ini adalah penyertaan kali pertama SriPuteh .Terima kasih pada abg Lan Gas yang sudi bawa SriPuteh bertanding ke sana.Tujuan asal hanya untuk tengok greding shj,tapi tak sangka pulak dapat champion..alhamdulillah.Ada yang dah merisik..tapi bagi CJ biorlah dia membesar depan CJ dulu..buat masa ni tak terfikir lagi nak lepas pada sesapa..heh!Hingga berjumpa lagi...salam..

Rinting ara murai for sale!

Gambar di atas adalah yang terbaru..kepala botak sikit sebab campur dengan induk.Tapi tade masalah tak lama lagi tumbuh balik tu.Yang penting rajin panjat induk kan?Gambar kedua adalah gambar yang saya publish dalam mudah sikit masa dulu.Kalau berminat jgn segan2 call saya 0195190593.Atau boleh melawat sendiri reban sy di Gopeng ,Perak

Selasa, 8 Januari 2013

Buah hati terbaru reban CJ

Alhamdulillah..tahun 2013 makin berseri lg reban CJ dengan kedatangan Sri Puteh..Cj beli dr sahabat serama dr utara

Mudah-mudahan banyak berjasa di reban CJ nanti..insya Allah

Anak Sri Rama..

Salam,


Anak Sri Rama 1st batch kat reban Cj..




Update gambar sri rama

pergh..siap stand sebelah kaki

Apapun Alhamdulillah...dengan adanya Sri Rama ,reban CJ cukup berseri..sekiranya berminat dgn baka sri rama ni cal Cj 0195190593 jgn segan segan no...

Jumaat, 4 Januari 2013

Selamat Tahun Baru..Selamat Datang 2013



Salam,
Alhamdulillah dpt juga CJ update blog ni..dah lama beno tak update memandangkan byk tugas kena didahulukan.Okeylah..rasanya belum terlambat lg bagi CJ untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada sahabat2 yang lebih serama yang lain.Mudah-mudahan tahun ni makin meriah lagi aktiviti serama kita.

Bagi CJ ,tahun ini CJ berazam untuk menghasilkan produk2 yang lebih berkualiti di samping join mana2 bon yang berdekatan utk melihat prestasi produk2 dari reban CJ .Itu pn kalau ada kelapanganlah..hehe.Oklah..kita layan gambar2 ayam yg ada di reban CJ sekarang.Ada yang masih menjadi penghuni setia di reban CJ dan ada yang dah dilamar sahabat serama yang lain


Murai...rinting ara yang bakal berpindah ke reban seorang sahabat serama di Pantai Remis

Mas Merah...rinting mas yang telah berpindah ke reban  sahabat serama di Selangor,moga tuan barunya dpt menjaga dengan baik

Rinting mas muda,baru nak galak..sudah dilamar sahabat serama dari Kluang ,Johor

Pembaka baru,rinting kubin...mudah-mudahan banyak jasanya di reban CJ