Selasa, 18 November 2014

Bermulanya baka pure KERAMAT di reban Serama CheqguJai

Alhamdulillah,syukur kpd Allah swt yg masih mengizinkan saya menulis di sini.Moga masih diberi kekuatan untuk beramal dan meeruskan minat terhadap serama yg cantik dn cukup unik bagi saya.Bak kata alim ulama,sekiranya hobi ini membawa kepada syukur kita kpd Allah swt maka ianya berpahala insyaAllah.

So apa cerita kita kali ni yea..cerita terbaru CJ yang nak dikongsi di sini tak lain tak bukan dengan kemasukan baru ke reban CJ ,yakni baka keramat a.k.a hj iskandar.Memang sudah lama CJ minat dan mengidam utk memiliki ayam bloodline keramat pure ni.Tapi memandangkan kos utk mendapatkannya terlalu tinggi maka CJ terpaksa pendam dahulu.

Nak dijadikan rezeki,Allah telah memperkenankan hajat CJ.Bulan oktober yg lepas adalah bulan yg CJ tak kan lupakan sampai bila-bila apabila mendapat offer dari sahabat serama CJ ,saudara Azreen Serama Pos (salah seorang yg memilik ayam berdarah keramat pure) untuk membeli ayam-ayam serama dari rebannya.Kesemuanya 31 ekor.Terkejut juga bila dapat tahu Azreen nak lego semua.Katanya nak naik pangkat dan kemungkinan kena pindah.Alhamdulillah syukur dan tahniah !

Apabila Azreen offer kesemua ayamnya dgn harga mampu milik,CJ tak berfikir panjang terus membeli semuanya.Ayam hebat sebegini dgn harga mampu milik mana nak cari sekarang!Lebih mengujakan CJ apabila Azreen menyatakan bahawa dengan baka ini sahaja dia beroleh keuntungan sebanyak rm120,000 hingga boleh buat rumah baru!wow dahsyatnya..bikin rumah pakai duit ayam je...!huhuhu.Bukan apa,setakat duit jual ayam  kita boleh guna byr bil api,air,astro,pampers-susu anak tu biasa...tapi bila sampai boleh buat banglo satu tingkat tu...huishh mengkagumkan!Itulah rezeki namanya.Apabila kita berbudi kepada ayam dengan ikhlas..Allah limpahkan rezeki utk kita.

Jadi apabila sudah memilik baka serama yang diidamkan,step kedua adalah mencari tuan asal kepada baka itu sendiri.Tak lain dan tak bukan Hj Iskandar yang kini menetap di Indonesia.CJ sempat ber 'pm' dgn beliau.CJ mahu minta izin memiliki baka ini dan mohon redho beliau.Berikut adalah perbualan CJ dgn hj iskandar di FB :)

Assalamualaikum tn hj

Terlebih dahulu memohon kemaafan andainya pm saya ini mencuri masa tuan.Sy adalah salah seorang peminat baka keramat aka hj iskandar.Dan baru2 ini sy telah membeli secara borong baka keramat ori dr azreen serama pos sebanyak 30 ekor.

Dengan ini sy MEMOHON KEIZINAN DAN REDHO tn hj untuk meneruskan legasi baka keramat.

Salam hormat dr sy,mudah-mudahan kehidupan tuan sekeluarga dinaungi rahmat Allah swt. amiin.

Cheqgujai -Gopeng ,Ipoh


Jawapan dari beliau:

Waalaikummussalam cikgu...
Banyak sekali beli cg.
Moga cg berjaya dlm breeding.
Sy akan bantu klo perlu


Begitulah perbualan kami.Ringkas tapi memberi makna.Antara otai serama tersohor dgn breeder hingusan ni..hikhik.Ok la sblm CJ sign out,kita layan dahulu beberapa gambar ayam yg berdarah keramat ni.Antara yg boleh diketengahkan di bon-bon akan datang ialah ayam muda yg bernama RAJAWALI.Rajawali sentiasa selam jet di meja tanpa diasuh arah.Inilah ciri ayam yg selama ni CJ idam2 kan..Rajawali adalah anak kepada Tedung yg menjadi ikon di reban azreen serama pos selama ni.Gayanya yg `selam patah tengkuk` atau` selam teleng` sungguh memukau.Gayanya tak ubah seperti Blackrosse(lihat gambar ayam ara di atas) sebelum ini...tapi sayang Blackrosse `hilang` tanpa dikesan hingga sekarang.......so dah ada Rajawali,rasa terubat rindu.



a





Tiada ulasan:

Catat Ulasan