Isnin, 14 Januari 2013

Alhamdulillah...syukur




Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT, SriPuteh telah merangkul johan buat kali pertama dalam kategori anakl B di dalam Pertandingan Kecantikan Serama di Teluk Tempoyak pada 12 Jan 2013 yang lalu.Anak kepada BPR dan Induk13 ini telah mancatat markah yang agak tinggi iaitu 46.5.markah yang dipotong adalah dari ekor(tak siap lg) ,balung(kurang merah) dan warna.Seingat CJ markah yang dicatat oleh johan anak A di bon Ipoh pada Dec tahun lepas 45.5.
Lebih menggembirakan ini adalah penyertaan kali pertama SriPuteh .Terima kasih pada abg Lan Gas yang sudi bawa SriPuteh bertanding ke sana.Tujuan asal hanya untuk tengok greding shj,tapi tak sangka pulak dapat champion..alhamdulillah.Ada yang dah merisik..tapi bagi CJ biorlah dia membesar depan CJ dulu..buat masa ni tak terfikir lagi nak lepas pada sesapa..heh!Hingga berjumpa lagi...salam..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan