Isnin, 8 Julai 2013

SELAMAT BERPUASA..

 
Assalamualaikum WBt
Buat para muslimin dan musllimat khususnya kepada peminat dan pencinta ayam serama ,di sini CJ ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak.Pejam celik pejam celik akhirnya Ramadhan datang kembali..

Ehmm genap Ramadhan ni bermakna dah setahun lebih CJ bergelumang dengan ayam serama.Banyak pahit manis sepanjang CJ bergelar peminat serama.Ayam yang dibeli tak lama lepas tu mati,kena tipu,habis duit tu toksah ceritalah ..dan macam-macam lagi pahit maung yang terpaksa dilalui kalau bermain dengan serama ini.Pendek kata bermain dengan serama ini penuh dengan risiko.Dan siapa yang tak sanggup berhadapan dengan risiko toksah ler main.

Itu hanya pengalaman Cj yg baru setahun jagung main.Ada yang lagi dasat sampai bercerai dengan bini..kena pukul ..hishhh!!!simpang 44 melaikat ler kena kat CJ.Bagi CJ apa-apahal hobi berserama ini letaklah ianya sekadar hobi shj..dan kalau namanya pun hobi ianya mesti diletak sebagai tempat kedua atau ketiga.Maksud CJ Family First!!Utamakanlah keluarga terlebih dahulu..hobi berserama ni hanya platform utk kita release tension je.Kalau gaji  masuk,beli dan bayarlah apa yang sepatutnya (nk kena sebut ke?)kemudian ada ballance barulah utk ayam kita.Mana yang tak kahwin tu hulur2la duit gaji untuk mak abah dulu,simpan utk kahwin dan lain2 la kan..tu pun tak kan CJ nak ajor??huhu

Buat player dan breeder di luar sana.Inilah masa utk kita muhasabah diri.Ramadhan ini time kita belajar buang perasaan angkuh dan sombong kita.Ramai yang CJ tengok bila ayamnya menang botb maka mula nak meninggi diri sampai hanya nak berkawan dengan klik2 elit shj.Buangkanlah yob....tak kemana pn ayam kita ni kalau kita menyombong.Sampai masa Allah swt ambik balik ayam kita tu ,mati ke sakit ke tak ke naya.

Dan buangkanlah sikap2 mazmumah yang kita ada ni.Terutama  sikap suka menipu di bon.Lipat melipat,cuck lawi,cucuk bulu kepak dan sbgnya..Heh!!sanggup menipu ye semata-mata nak johan kategori yang hadiahnya hanya 2-3 ratus tu?Kalau ikut kata guru CJ dulu..dia kata kaedah fekah mengatakan "izaj tama `a bainaal halal wal haram ghulibat `alal haram =Apabila bercampur aduknya antara halal dan haram maka hukumnya haram"..Maknanya main ayam serama ini diharuskan,,,tetapi apabila bercampur perkara haram spt menipu ketika pertandingan maka HARAMlah hukumnya..ni nasihat utk CJ jugak yang tak sebeberapa ni.Nak dengor..dengor laa..kalau tak nak CJ pn tak kesah.

Kepada buyer2 yang sudi beli ayam CJ dan sudi ziarah ke reban huduh CJ ni..CJ ucapkan berbanyak terima kasih.Mudah-mudahan ada jasa di reban kome nanti..Sekali lagi CJ ucapkan SELAMAT BERPUASA DAN BERBUKA..AMPUN MAAF ZAHIR BATIN..jumpa lagi!!..Ma`assalamah...adios!!





Tiada ulasan:

Catat Ulasan