Salah seekor ayam kesayangan CJ.Ayam muda yang belum bernama ini telah pergi ke rahmatullah.Tak tahu la sebab hawar atau apa.Tidak ada langsung simptom2 yg menunjukan dia sakit.Yang hairannya malam sebelum dia mati CJ sempat train atas meja (mmg ayam nak bawa game).Ayam muda ni mmg tengah form dan rajin kibas.Cj ada sembang dgn ,member2 serama yang lain.Skrg ni mmg tengah ayam suka mati mengejut.Apa2 hal pun CJ redho dengan ketentuan ALLAH SWT
Seseorang yang sangat mengagumi unggas tercantik ciptaan Allah swt.Semoga kehadiran blog CheqguJai dapat memeriahkan lagi dunia serama Malaysia ikon negara kita.Juga boleh berkongsi pendapat dan ilmu daripada otai-otai serama yang lain. Sama-samalah manfaatkan ilmu serama ini ..kerana ia juga anugerah dan nikmat Allah swt -CheqguJai 019-5190593
Isnin, 28 Januari 2013
Berhati-hati dengan pembeli ini!!!!
Salam
Sila ambil perhatin segera tentang maklumat ini.Seorang sahabat serama Perak telah mengalami musibah kerugian hampir 4k kerana diperdaya oleh seorang yang bernama Shahrol aka Along.Dikatakan berasal dari Pantai Remis Perak.Modus Operandinya adalah dengan menelefon breeder2 serama yang publish ayam2 mereka di internet sama ada di mudah.my mahupun blog.Setelah temujanji dibuat,beliau akan ke rumah breeder tersebut dan bertanyakan soal ayam2 yang hendak dijual.Akhirnya beliau akan datang semula ke reban tersebut (semasa ketiadaan ownernya) dan mencuri ayam2 yang telah diperhatikan dahulu sebelum itu.Kebiasaan sasaran suspek adalah breeder2 di internet.
Kesian juga bila CJ dengar cerita sahabat serama ni.Kesemua ayam yang hilang adalah 9 ekor termasuk burung2 kesayangan beliau.Satu repot polis telah dibuat.Diharap breeder2 yang lain berhati2 dengan mamat ni.Di sini CJ sertakan sekali serba sedikit butiran mengenai beiau:
Nama : Sharul aka along
No tel : 01747:01123(tp rasanya dah tuka)
No plat motor : AJA 7272(disyaki palsu)
Fizikal Badan:5 kaki,warna kulit gelap,tangan kanan bengkok sedikit
Langkah2 berjaga:
`Sila catit no plat kenderaan buyer yang datang dan sentiasalah pastikan reban ayam anda berkunci sentiasa!!!`
Isnin, 14 Januari 2013
Alhamdulillah...syukur
Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT, SriPuteh telah merangkul johan buat kali pertama dalam kategori anakl B di dalam Pertandingan Kecantikan Serama di Teluk Tempoyak pada 12 Jan 2013 yang lalu.Anak kepada BPR dan Induk13 ini telah mancatat markah yang agak tinggi iaitu 46.5.markah yang dipotong adalah dari ekor(tak siap lg) ,balung(kurang merah) dan warna.Seingat CJ markah yang dicatat oleh johan anak A di bon Ipoh pada Dec tahun lepas 45.5.
Lebih menggembirakan ini adalah penyertaan kali pertama SriPuteh .Terima kasih pada abg Lan Gas yang sudi bawa SriPuteh bertanding ke sana.Tujuan asal hanya untuk tengok greding shj,tapi tak sangka pulak dapat champion..alhamdulillah.Ada yang dah merisik..tapi bagi CJ biorlah dia membesar depan CJ dulu..buat masa ni tak terfikir lagi nak lepas pada sesapa..heh!Hingga berjumpa lagi...salam..
Rinting ara murai for sale!
Gambar di atas adalah yang terbaru..kepala botak sikit sebab campur dengan induk.Tapi tade masalah tak lama lagi tumbuh balik tu.Yang penting rajin panjat induk kan?Gambar kedua adalah gambar yang saya publish dalam mudah sikit masa dulu.Kalau berminat jgn segan2 call saya 0195190593.Atau boleh melawat sendiri reban sy di Gopeng ,Perak
Selasa, 8 Januari 2013
Buah hati terbaru reban CJ
Alhamdulillah..tahun 2013 makin berseri lg reban CJ dengan kedatangan Sri Puteh..Cj beli dr sahabat serama dr utara
Mudah-mudahan banyak berjasa di reban CJ nanti..insya Allah
Anak Sri Rama..
Salam,
Anak Sri Rama 1st batch kat reban Cj..
Update gambar sri rama
Anak Sri Rama 1st batch kat reban Cj..
Update gambar sri rama
pergh..siap stand sebelah kaki
Apapun Alhamdulillah...dengan adanya Sri Rama ,reban CJ cukup berseri..sekiranya berminat dgn baka sri rama ni cal Cj 0195190593 jgn segan segan no...
Jumaat, 4 Januari 2013
Selamat Tahun Baru..Selamat Datang 2013
Salam,
Alhamdulillah dpt juga CJ update blog ni..dah lama beno tak update memandangkan byk tugas kena didahulukan.Okeylah..rasanya belum terlambat lg bagi CJ untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada sahabat2 yang lebih serama yang lain.Mudah-mudahan tahun ni makin meriah lagi aktiviti serama kita.
Bagi CJ ,tahun ini CJ berazam untuk menghasilkan produk2 yang lebih berkualiti di samping join mana2 bon yang berdekatan utk melihat prestasi produk2 dari reban CJ .Itu pn kalau ada kelapanganlah..hehe.Oklah..kita layan gambar2 ayam yg ada di reban CJ sekarang.Ada yang masih menjadi penghuni setia di reban CJ dan ada yang dah dilamar sahabat serama yang lain
Murai...rinting ara yang bakal berpindah ke reban seorang sahabat serama di Pantai Remis
Mas Merah...rinting mas yang telah berpindah ke reban sahabat serama di Selangor,moga tuan barunya dpt menjaga dengan baik
Rinting mas muda,baru nak galak..sudah dilamar sahabat serama dari Kluang ,Johor
Pembaka baru,rinting kubin...mudah-mudahan banyak jasanya di reban CJ
Langgan:
Catatan (Atom)

















