Selasa, 16 Julai 2013

Anak-anak merong sakti sedia utk dijual

Assalamualaikum.Utk posting kali ini CJ nak paparkan gambar terbaru anak Merong Sakti.Siap sedia dijual utk sesiapa yang berminat.hanya sepasang shj yang ada.Anak nampak potensi.Boleh hubungi CJ di talian 0195190593 atau boleh melawat sendiri ke reban CJ yang huduh ni di Gopeng Perak.
Rasa2nya jantan     
Hanya sepasang






Merong Sakti dan gundiknya induk Maharani

Isnin, 8 Julai 2013

SELAMAT BERPUASA..

 
Assalamualaikum WBt
Buat para muslimin dan musllimat khususnya kepada peminat dan pencinta ayam serama ,di sini CJ ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak.Pejam celik pejam celik akhirnya Ramadhan datang kembali..

Ehmm genap Ramadhan ni bermakna dah setahun lebih CJ bergelumang dengan ayam serama.Banyak pahit manis sepanjang CJ bergelar peminat serama.Ayam yang dibeli tak lama lepas tu mati,kena tipu,habis duit tu toksah ceritalah ..dan macam-macam lagi pahit maung yang terpaksa dilalui kalau bermain dengan serama ini.Pendek kata bermain dengan serama ini penuh dengan risiko.Dan siapa yang tak sanggup berhadapan dengan risiko toksah ler main.

Itu hanya pengalaman Cj yg baru setahun jagung main.Ada yang lagi dasat sampai bercerai dengan bini..kena pukul ..hishhh!!!simpang 44 melaikat ler kena kat CJ.Bagi CJ apa-apahal hobi berserama ini letaklah ianya sekadar hobi shj..dan kalau namanya pun hobi ianya mesti diletak sebagai tempat kedua atau ketiga.Maksud CJ Family First!!Utamakanlah keluarga terlebih dahulu..hobi berserama ni hanya platform utk kita release tension je.Kalau gaji  masuk,beli dan bayarlah apa yang sepatutnya (nk kena sebut ke?)kemudian ada ballance barulah utk ayam kita.Mana yang tak kahwin tu hulur2la duit gaji untuk mak abah dulu,simpan utk kahwin dan lain2 la kan..tu pun tak kan CJ nak ajor??huhu

Buat player dan breeder di luar sana.Inilah masa utk kita muhasabah diri.Ramadhan ini time kita belajar buang perasaan angkuh dan sombong kita.Ramai yang CJ tengok bila ayamnya menang botb maka mula nak meninggi diri sampai hanya nak berkawan dengan klik2 elit shj.Buangkanlah yob....tak kemana pn ayam kita ni kalau kita menyombong.Sampai masa Allah swt ambik balik ayam kita tu ,mati ke sakit ke tak ke naya.

Dan buangkanlah sikap2 mazmumah yang kita ada ni.Terutama  sikap suka menipu di bon.Lipat melipat,cuck lawi,cucuk bulu kepak dan sbgnya..Heh!!sanggup menipu ye semata-mata nak johan kategori yang hadiahnya hanya 2-3 ratus tu?Kalau ikut kata guru CJ dulu..dia kata kaedah fekah mengatakan "izaj tama `a bainaal halal wal haram ghulibat `alal haram =Apabila bercampur aduknya antara halal dan haram maka hukumnya haram"..Maknanya main ayam serama ini diharuskan,,,tetapi apabila bercampur perkara haram spt menipu ketika pertandingan maka HARAMlah hukumnya..ni nasihat utk CJ jugak yang tak sebeberapa ni.Nak dengor..dengor laa..kalau tak nak CJ pn tak kesah.

Kepada buyer2 yang sudi beli ayam CJ dan sudi ziarah ke reban huduh CJ ni..CJ ucapkan berbanyak terima kasih.Mudah-mudahan ada jasa di reban kome nanti..Sekali lagi CJ ucapkan SELAMAT BERPUASA DAN BERBUKA..AMPUN MAAF ZAHIR BATIN..jumpa lagi!!..Ma`assalamah...adios!!





Ahad, 30 Jun 2013

Jualan Sempena Ramadhan



Salam,
Sempena nak masuk Ramadhan ni CJ nak lepaskan beberapa ekor ayam di reban.Nak lepaskan secara pakej.So beli 5 dr 7 ayam di bawah dengan hanya RM1k shj..cepat2 nant nyesal tak sudah..pilih mana kenan..5 ekor for Rm1k..0195190593 CJ..Dikesempatan ini juga CJ ingin mengucapkan kpd semua muslimin dan muslimat Selamat Menyambut Ramadhan AlMubaarak...


 

http://img.rnudah.com/images/83/8332146997.jpg



Foto

Isnin, 24 Jun 2013

Anak2 utk dilepaskan

salam...rm300 seekor..muda ara rm450...berminat call sy 0195190593







Selasa, 18 Jun 2013

Sukan ooh sukan..heee..sukanya..

 
salam...
Ah ha...kali ni tajuk lain macam sikit..oleh krn skrg byk2 sekolah2 tgh demam sukan..so sek cj  ni (sk gopeng tmn gopeng baru) tak ketinggaalan.Bab ni teman paling syok sbb hr2  pakai seluar track dgn t shirt je..   tayah susahkn bini gosok baju..heee

Sebenonya cj nk test hp br ni...chewah...nk try bole tak update blog thru hp je..ikut kata buyer bole..so rupanya bole ye..kiki..cj tk nafikan yang cj mmg jahil dlm bab ict ni..

Hmm rupanya ramai yg setuju isu rinting yg cj exposekn dlm fb(ssm)..elokla kalu ramai yg menyokong..biar bukak mata sikit yg kita ni jgn nafikan dn ank tirikn rinting.Rinting adalah salah satu koleksi warna ayam seram.Ianya bukan cemar dn tak bole di anggap sbg aym yg cemar.Jgn di sebabkn kita nak naikkn warna kuning atau ara(mayb utk kormesil sbb kdg2 judge juga adalah breeder)so kita nafikan rinting.Sampaikn ada yg anggap kalau rintin naik balik semula...habisla sale aym lain..jatuhla saham kuning/ara..masyaAllah kalau betuila yg cj dengar..mmg tk patutla.Okla..c.j terpksa mngundur diri..fikir2knlaa..mana2 yg terasa pedas cj mnta maaf..bkn nk cari lawan..tetapi hnya inginkn supaya perjalanan alam serama di negara kita ini berada di landasan yg betul..adios.salaam


mmm

Isnin, 3 Jun 2013

Dalam kenangan

Assalamualaikum..
ah haa..aa citer sekarang..hehe sorry lama tak sembang di sini..aikss..apa kes dgn tajuk ni?huhu..sebenonye teman rasa buring teramat sgt malam ni..jadi belek punye belek dekat file ada lagi gambar 2 lama ayam Cj yang dah arwah?
haa arwah? tu la sebenonyer teman nak citer...tah macam mana anjing boleh terlepas masuk dan menceroboh rumah teman nie..habis 4 ekor .Maka di sini teman paparkan ayam2 yang keselamatan telah menjadi mangsa...ayam di bawah ada 3 je..yang seko lagi(induk mahsuri) tak sempat  ambik gambar dulu..(induk mahsuri)...Moral!!! `Jgn sekali leka dengan keselamatan di rumah/reban anda`..

ayam ni biasa2 je..cuma ayam ni Cj minat beno dengan balungnya..dan mmg ada niat nak ambik bloodlinenya .Nak tengok apa hasilnya...tapi apakan daya ..tade rezki bak kata org



Dalam banyak2 ayam yang kena rembat dek anjing ayam ni la yang teman betui2 sayang.Mana idaknya..udahler susah nak cari baka rinting yang selam..belum dapat baka pulak tu..!!!tak ke haru....inila salah seko induk teras reban Cj yang Cj match kan dengan Sri Rama..takpe2 sabo tu separuh imannnn


Ara  yang teman beli dari serama jiring ni juga antara mangsa anjing tersebut.Nasib baikla tinanya(bloodline sama) masih panjang umur lagi..dan sekarang tengah intim bersama merong...

mudah-mudah Allah mencucuri rahmat ke atas mereka..aminn..

abiiiissss

nak tido dah..

4 Jun 2013
1.19 a.m